PARA PENONTON.....

Tuesday, June 26, 2012

GURLS...



assalamualaikum....waaaaa, lamanya x menaip pnjg2..maklum laa, musim wat esaimen da lepas.
tp, x delah lepas sgat...nanti ada pulak kan.menaip berjela2 lg..menggoreng itu ini sehingga menjadi hikayat teragung untuk mendapatkan markah..huawawawa.


sesaja, boring2..then, tgok la gmbar2 yg ada dlam laptop..tetiba terbukak folder gambar gurls yg cun melecun, meletop KATEKO..
( gmbar cik NEA pun ada tau )heee..


nak taw apa yg istimewanya sal gambar nie??bg u alls, gambar nie x delah sentimental value pa2 pun kan..juz sekeping gambarngan makanan n posing2..TETAPI, bg Cik NEA gambar nie sgat2 la spesialnya haaa.nie la gambar2 teman sekelas gurls Cik NEA.kawan wat keja sama2, wat esaimen sama2, wat program ank angkat sama2, wat jamuan sama2, wat gila sama2..pendek kata, apa2 program yg melibatkan kelas Cik NEA la kan...sama2 tempuhi itu ini.


sedar x sedar, pejam-celik, pejam-celik,pejam lg coz malas nak tinggalkan selimut n bantal..rupa2nya dah dekat 5 thun setengah Cik NEA menghabiskan golden time Cik NEA kat negeri PERAK DARUL RIDZUAN nie haaa.lama kot, bapa kali kena tempoh alam peperiksaan..TENSION!! ( over lak haa)hik3.


disebabkan kesedaran sivik tu la, baru Cik NEA perasan yang masa untuk meninggalkan alam "persekolahan" nie semakin dekat..huhuhu.sambil lap air mata..sayu la plak..cmane nie..:-(




tp, dalam2 sedih nie terselit sedikit cuma rasa seronok, gembira, bangga...Cik NEA akan ada duit hasil titik peluh sendiri la thun depan nampaknya...mak aih, nak beli apa nie eh...errmmmmm??
GUCCI, PADINI,CHANNEL la nampaknya kan..demand kau!






psssttttt...nie satu2nya kapel dalam kelas ktorg.doakan mereka bahagia n cepat2 kawen yaaa...:-)









Wednesday, September 7, 2011

puteri CINTA..

BISMILLAH....

Kepadamu yang akan menjadi PENDAMPINGKU kelak..

Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa yang sangat jauh dari sempurna.MAKA, ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang SEMPURNA, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan MEMILIHKU kelak..

Aku tak sebijak SITI KHADIJAH...
Kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja  berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku DAN tidak akan berani aku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku akan CANTIK di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –INSYA ALLAH-.
Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus menguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataupun kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur kerana harus menjaga anak  kecil kita yang sedang sakit.aku tahu kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah KEKUATANKU..

Padamu yang AKAN menjadi NAKHODA dalam hidupku suatu masa nanti..

Ketahuilah, aku tak sesabar  FATIMAH...
Ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku.Tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu.Maka bersabarlah, yang aku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambah rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana aku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu aku tahu kamu selalu menghargai semua yang aku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi IMAM dalam SETIAP SOLATKU kelak..

Ketahuilah, aku tak secerdas AISYAH..
Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi KEKASIH HATI dan TEMAN DALAM HIDUPKU..

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa CINTAKU padamu..

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan PUTERI.. Aku hanya wanita biasa.