PARA PENONTON.....

Saturday, October 20, 2012

Sambil Membilang Hari..

Assalamualaikum..
Salam Sejahtera, Salam Bola buat semua (padahal, x minat bola langsung pun..hehehe)

walaupun kaki, tangan, leher dan semua anggota badan nie nak sangat2 berehat, tp hati nie nak sangat2 menulis..nak menconteng2 entry utk minggu nie..
dah gian nak menulis sebenarnya..dalam kelas pun, x salin nota dah.
pensyarah dah mula tutup buku..mggu last study.
next week, start sudy week.(CIK NEA pernah study ke?aish, msti la penah!!ngeee)
maka, malam nie mau merapu meraban la kan..hehehehe.
~terlebih mood seronok sebab baru lepas cakap phone ngan CINTA HATI. :-)

ok, sepanjang minggu nie CIK NEA sangat2 la sibuk.
mengalahkan YB yg nak kena berucap berhari2 lamanya tanpa berhenti..hehehe.
auta!!tipu3...
biaq laa,sibuk!!

erm,nak cite nape CIK NEA sibuk sangat mggu nie...tolong la baca dan hayati ok...sambil meraih simpati..muka sedih skit..:-(
huhuhu..(sebelum tu,kalau laaa ada sapa2 boleh sponsor CIK NEA p spa..alangkah indahnya..nak urut kaki, tangan..erm, apa lagi eh..nak buat facial skit..mata pun macam dah lebam..)
(~nak sama dgan mata panda sudaaaa...tidak, tidak, tidak!!!!)

ngeeee..ok, memulakan cite.
CIK NEA terlibat dgan taklimat KSSR.(dgar taklimat laa, bukan CIK NEA yg bg talk ok..x dak kelayakan lg nie..kalau nk ckap psal cinta boleh laaa..kemahiran CIK NEA  tu..hahaha)
then, ada pensyarah mntak tolong utk jadi AJK JAMUAN..(ada forum kat institut)
x pelah..demi negara yg tercinta..ku curahkan bakti penuh setia..(nyanyi skit)
then, perlu siapkan esaimen KISSM. (x delah susah sgat, tp malas laaaaa nak siapkan..!!addoi)
plus lagi, perlu menghadiri taklimat KISSM selama 3 hari berturut-turut.(dari pukul 8.30 pagi-6.30 petang)..mintak2 sangat x tertidoq dalam dewan tu..huhuhu.

alhamdulillah, semuanya dapat CIK NEA lalui dgan baik..
(taklimat KISSM je tak berlangsung lagi).
sesungguhnya, segala penat lelah hilang begitu saja bila semua rancangan yang diatur berjaya dilaksanakan..syukur padamu YA ALLAH.
haaa, apa lg..mesti la nak tunjuk bukti kan..(gambaq time!!)


dimulakan dengan taklimat KSSR PENDIDIKAN SENI VISUAL..



 wajah yang manis( di awal2 taklimat..boleh terima lagi la taklimat time ni..hehehehe)

slaid yang sangat2 menarik..ok, CIK NEA suka.
huwaaarggghhh..mulut ternganga(menguap!hahahaha)

selepas beberapa ketika, tau tak apa yang kami buat??hahahahaha.
serba salah nak cite..ktorang buat aktiviti berasaskan seni visual..MELUKIS!!
tp, bukan CIK NEA yg lukis la..AMAL yg jadi pelukis.
tau tak CIK NEA jadi apa??
jadi MODEL KARTUN..ngeee.


sedang melakonkan aksi2 lagak ngeri..hahahaha.
muka serius gilerrrrr tu..


hasilan pertama, before diedit.
kata2 tu, bukan CIK NEA yg tulis ok.
diorang, diorang yang bersalah..hahahaha


hasilan akhir..
nampak tak perbezaan kemuncungan tudung??hahahaha.
ok, done!!


chop2!!walaupun ktorang buat keja lain..hahahaha.
tp, telinga nie dgaq je apa yg penceramah smpaikan..insya allah.
lagipun, taklimat KSSR pernah diberikan oleh pensyarah lain sebelum nie.


seterusnya, gmbaq meraikan kejayaan kami sebagai AJK JAMUAN paling mantap dan terbaik abad ini di IPG KAMPUS IPOH khususnya..hehehehe. 
haa, CIK AZAH  yg baik hati tu telah bersepakat membelanja kami mkan ais krim..
wiiwwwiiiittttt..sukanya CIK NEA.
ktorang p makan ais krim dekat SPOON FOREST.kedai baru bukak.
tempatnya sangat ekslusif (bg CIK NEA la)
jom2, tgok apa yg ktorang mkan!!

yummy!!
coklat + vanilla..(sebenarnya, CIK NEA  nak coklat je..tp, CINTA HATI suruh tolong makankan utk dia ais krim vanilla..
so, campur la dua2..ok tak pilihan saya sayang??
ok kan??hehehehe.
ada marshmallow ngan cornflakes lagi tau.

fatin dan ais krim.


dhia, jibah dan amal..bersama ais krim mereka.

faris, CIK AZAH (beliau yg sponsor kami), ali.

CIK NEA dan sheida...
saja ja tunjuk eksyen menyuap..
padahal, makan utk diri sendiri.
hehehehehe.
(terima kasih kepada CINTA HATI yg memberikan gelang tersebut..ramai yg memuji..CANTIK!!)

sekian sahaja entry utk malam nie(merangkumi minggu nie la kan)
sukanya, sukanya, sukanya dapat menulis.
hehehehe..nanti2, bila CIK NEA rajin..CIK NEA menulis lagi ya..
alolololo, rindu eh??ok, CIK NEA pun rindu sangat2 kat korang..
(korang??hehehehe.CINTA HATI la khususnya)..
ok, sampai ketemu lagi ya sayang2 semua..
selamat malam..selamat mengharungi cabaran pada esok hari.




No comments:

Post a Comment